08 Januari 2012

Football 7-a-side

Football 7-a-side merupakan permainan bola sepak yang telah diubahsuaikan untuk atlet-atlet palsi serebrum atau atlet-atlet yang mengalami masalah neurological disorder lain seperti stroke dan brain trauma. Pengubahsuaian tersebut termasuklah pengurangan saiz padang, pengurangan bilangan pemain dalam setiap pasukan, pemansuhan peraturan offside dan kebenaran untuk membaling bola dengan sebelah tangan sahaja.

Atlet-atlet permainan bola sepak ini boleh dibahagikan kepada 4 kategori berdasarkan tahap ketidakupayaan iaitu:

  • C5 - atlet yang mengalami masalah pergerakan semasa berjalan dan berlari tetapi tidak mengalami masalah untuk berdiri dan menendang bola;

  • C6 - atlet yang mengalami masalah koordinasi tangan khususnya semasa berlari;

  • C7 - atlet yang mengalami masalah pergerakan pada sebelah badan saja iaitu hemiplegia;

  • C8 - atlet yang mengalami sedikit masalah pergerakan sahaja tetapi masalah pergerakan yang dialami itu jelas kelihatan dan mesti menepati kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan dalam sukan ini

Setiap pasukan terdiri daripada tujuh orang pemain dan boleh mempunyai beberapa orang pemain simpanan. Antara tujuh pemain yang turun ke padang pada satu-satu masa, sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka mesti dikategorikan C5 atau C6 dan tidak lebih daripada dua orang pemain yang dikategorikan C8. Setiap pertandingan mempunyai dua pusingan di mana setiap pusingan mempunyai masa selama 30 minit dengan 15 minit half-time break.

Ikuti catatan seterusnya bertajuk Boccia pada 15 Januari 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...